begonjeng | [b«.gon.dZeN] | kata kerja | bergaduh antara adik-beradik. | Begonjeng aje kejenye. | [b«.gon.dZeN A.dZ« k«.dZ«.ø«] | Bergaduh sahaja mereka. |
tinjau belukau | [tin.dZAw b«.lu.kAw] | | peringkat pertumbuhan pokok padi di antara tahap masuk isi hingga bunting. | Padi aku tengah tinjau belukau. | [pA.di A.ku t«.NAh tin.dZAw b«.lu.kAw] | Padi aku sedang tinjau belukau. |
tindeh kaseh | [tin.deh kA.seh] | | berkenaan dinding yang dipasang melintang dan bertindih antara satu sama lain; sisek tenggileng. | Cantek lak dindeng rumah kau ni buat dindeng tindeh kaseh. | [ | Cantik pula dinding rumah engkau ini buat tindih kasih. |
sisek tenggileng | [si.se/ t«N.gi.leN] | | berkenaan dinding yang dipasang melintang dan bertindih antara satu sama lain; tindeh kaseh. | Cantek lak dindeng rumah kau ni buat sisek tenggileng. | [tSAn.te/ lA/ din.deN Äu.mAh kAw ni bu.wAt si.se/ t«N.gi.leN] | Cantik pula dinding rumah engkau ini buat sisik tenggiling. |
kelek anak | [kE.le/ A.nA/] | | bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang. | Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu. | [kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu] | Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu. |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |
papan slipe tiang | [pA.pAn sli.p« ti.jAN] | | kepingan kayu yang dipasang sebagai pengalas di antara tiang rumah dengan batu tiang. | Kau buat rumah aku, jangan lupe pasang papan slipe tiang. | [kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku dZA.NAn lu.p« pA.sAN pA.pAn sli.p« ti.jAN] | Engkau buat rumah aku, jangan lupa pasang papan slipe tiang. |
lesong pipit | [l«.soN pi.pet] | | lesung kayu bersaiz kecil yang panjangnya antara sekaki dan dua setengah kaki, digunakan untuk menumbuk beras, pulut dan kacang hijau. | Kacang ijau ni secoet, kau tumbok aje pakai lesong pipet. Nanti boleh buat kue koye. | [kA.tSAN i.dZAw ni s«.tSoet kAw tum.bo/ A.dZ« pA.kAj l«.soN pi.pet nAn.ti bo.leh bu.wAt kue ko.j«] | Kacang hijau ini sedikit sahaja, engkau tumbuk sahaja pakai lesung pipit. Nanti boleh buat kuih koya. |
laluan tikus | [lA.lu.wAn ti.kus] | | kayu yang dipasang melintang di antara dua tiang bumbung. | Kau buat rumah aku ni nanti jangan lupe pasang laluan tikus. | [kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku ni nAn.ti dZA.NAn lu.p« pA.sAN lA.lu.wAn ti.kus] | Engkau buat rumah aku ini nanti jangan lupa pasangkan kayu melintang di bumbung. |
kala-bata | [kA.lA.bA.tA] | kata nama | persengketaan yang berlarutan antara ahli keluarga. | Dulu kawen suke same suke. Ni dah kala-bata, mak tak mau campo. | [du.lu kA.wen su.k« sA.m« su.k« ni dAh kA.lA.bA.tA mA/ tA/ mAu tSAm.po] | Dulu kahwin suka sama suka, sekarang sudah bersengketa, emak tidak mahu masuk campur. |