paku tandok ruse | [pA.ku tAn.do/ Äu.s«] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang | panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | jurai |
beterombe | [b«.t«.Äom.b«] | kata kerja | kejar-mengejar dalam kalangan manusia, biasanya kanak-kanak di atas lantai papan rumah kampung, atau binatang biasanya tikus, di atas siling sehingga mengeluarkan bunyi bising. | Kuceng tak de, tikus beterombe kat siling. | [ku.tSeN tA/ d« ti.kus b«.t«.Äom.b« kAt si.liN] | Kucing tidak ada, tikus kejar mengejar di atas siling. |
oked utan | [o.ked u.tAn] | | sejenis pokok orked yang hidup menumpang di atas pokok-pokok lain. Bunganya tidak banyak, sekuntum atau dua kuntum sahaja sekali berbunga, berwarna puteh dan berbau sangat harum; anggerik desa. | | | |
anggerek desa | [AN.g«.Äe/ dE.sA] | | sejenis pokok orked yang hidup menumpang di atas pokok-pokok lain. Bunganya tidak banyak, sekuntum atau dua kuntum sahaja sekali berbunga, berwarna putih dan berbau sangat harum; oked utan. | | | |
cendawan kawan | [tS«n.dA.wAn kA.wAn] | | sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut. | | | |
pokok sakat pedang | [po.ko/ sA.kAt p«.dAN] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan panjang seperti mata pedang, paku langsuir. | | | |
belodok | [b«.lo.do/] | kata nama | sejenis ikan yang habitatnya di paya bakau yang berlumpur. Boleh bergerak di atas lumpur dengan menggunakan sirip di kiri dan kanan badan, ikan belacak. | | | |
sondak | [son.dA/] | kata kerja | menoreh bahagian-bahagian atas pada pokok getah tua mengikut sesuka hati; potong pajak. | Sebelom tebang, baek kite sondak. | [s«.b«.lom t«.bAN bAe/ ki.t« son.dA/] | Sebelum tebang, baik kita kita sondak. |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |
pencok | [p«n.tSo/] | kata kerja | memangkas pada bahagian atas atau hujung pokok. | Kau pencok pokok tu, biau tak tinggi sangat. | [kAw p«n.tSo/ po.ko/ tu bi.jAw tA/ tiN.gi sA.NAt] | Engkau pangkas pokok itu, biar tidak tinggi. |