cangcang | [tSAN.tSAN] | kata kerja | 1. agak atau anggar. | Cobe cangcang, berape gantang beras nak gune kenduri tu nanti. | [tSo.b« tSAN.tSAN b«.ÄA.p« gAn.tAN b«.ÄAs nA/ gu.n« k«n.du.Äi tu nAn.ti] | Cuba anggar, berapa gantang beras diperlukan semasa kenduri itu nanti. |
berinai curi | [b«.Äi.nAj tSu.Äi] | | pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran. | Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi. | [s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi] | Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi. |
lembek-liak | [l«m.bi/.li.jA/] | kata adjektif | berkenaan seseorang atau sesuatu yang berkeadaan meliuk-lintuk. | Bayi ni lembek-liak, pegang betol-betol. | [bA.ji ni l«m.bi/.li.jA/ p«.gAN b«.tol.b«.tol] | Bayi ni lembek-liak, pegang betul-betul. |
belegai | [b«.l«.gAj] | kata kerja | bersaing atau berlumba-lumba. | Due beradek tu belegai siape pandai. | [du.w« b«.ÄA.de/ tu b«.l«.gAj si.jA.p« pAn.dAj] | Dua beradik itu berlawan untuk menunjukkan siapa yang lebih pandai. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
ibu pete | [i.bu p«.te] | | petir yang berbunyi sekali sahaja dan kuat, petir tunggal. | Ape tak tekejotnye aku, tengah-tengah nyangkol kat kebon, tibe-tibe aje ade ibu pete. | [A.p« tA/ t«k«.dZot.ø« A.ku t«.NA.t«.NAh øAN.kol kAt k«.bon ti.b«.ti.b« A.dZ« A.d« i.bu p«.te] | Apa tidak terkejutnya aku, sedang mencangkul di kebun, tiba-tiba sahaja ada ibu petir. |
kiyap | [ki.jA)p] | kata adjektif | berkenaan bateri, alat berkuasa bateri atau berenjin yang rosak atau tidak berfungsi. | Bateri ini dah kiyap, kene beli baru ni. | [bA.t«.Äi ni dAh ki.jA)p k«.n« b«.li bA.Äu ni] | Bateri ini sudah habis kuasanya, kena beli yang baru. |
punat kelape | [pu.nAt k«.lA.p«] | | tombong kelapa yang sebesar jari kelinking. | Budak-budak ni punat kelape pon nak berebut sampai gaduh-gaduh. | [bu.dA/.bu.dA/ ni pu.nAt k«.lA.p« pon nA/ b«.Ä«.but sAm.pAj gA.duh.gA.duh] | Budak-budak ini punat kepala pun hendak berebut hingga bergaduh. |
tebengai | [t«.b«.NAj] | kata adjektif | berkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebahai. | Takde sape pakai, abes tebengai aje basikal tu. | [tA/.d« sA.p« pA.kAj A.bes t«.b«.NAj A.dZ« bA.si.kAl tu] | Tiada sesiapa menggunakannya, terbiar sahaja basikal itu. |