Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu

Puisi
 

Kelat mata malam berjaga,
     Baharu nak tidur kelambu baru;
Berbau harum bunga cempaka,
     Belum kusolek sudah berbau.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
buat hubong[bu.wAt hu.boN] menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar.Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong.[ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN]Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu.
ibu rezeki[i.bu Ä«.z«.ki] beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki.Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki.[b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki]Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki.

Kembali ke atas