Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sabok[sA.bo/]kata namatuala mandi; kaen sal.Sabok kau tu dah koto, pegi basoh![sA.bo/ kAw tu dAh ko.to p«.gi bA.soh]Tuala mandi kau tu dah kotor, pergi basuh!
kaen sal[kAen sAl] tuala mandi; sabok.Kaen sal kau tu dah koto, pegi basoh![kAen sAl kAw tu dAh ko.to p«.gi bA.soh]Tuala mandi kau tu dah kotor, pergi basuh!
belapok-harok[b«.lA.po/.hA.Äo/]kata adjektifberkenaan sesuatu barang yang amat kotor dengan debu kerana lama terbiar.Cobe kau basoh kasot tu, dah belapok-harok mak tengok.[tSu.b« kAw bA.soh kA.sot tu dAh b«.lA.po/ hA.Äo/ mA/ tE.No/]Cuba engkau basuh kasut itu, sudah berdebu emak tengok.
melilit[m«.li.lit]kata adjektifsangat malas membuat kerja; kelebang.Anak sulong die tu, padah melilit baju sendiri pon tak nak basoh.[A.nA/ su.loN di.j« tu pA.dAh m«.li.lit bA.dZu s«n.di.Äi pon tA/ nA/ bA.soh]Anak sulungnya itu sangat malas, baju sendiri pun tidak mahu basuh.

Kembali ke atas