Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
alakulihal[A.lA.ku.li.hAl]kata sifatberkenaan kehidupan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya.Anak aku ramai, due-due tak keje, kalau laki aku keje alakulihal juge.[A.nA/ A.ku ÄA.mAj du.w«.du.w« tA/ k«.dZ« kA.lAw lA.ki A.ku k«.dZ« A.lA.ku.li.hAl dZu.g«]Anak aku ramai, kedua-dua kami tidak bekerja, kalau suami aku kerja alakulihal juga.

Kembali ke atas