paku tandok ruse | [pA.ku tAn.do/ Äu.s«] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang | panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | jurai |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
kue periye] | [kue p«.Äi.j«] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku. | | | |
cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |
cendawan kawan | [tS«n.dA.wAn kA.wAn] | | sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut. | | | |
kue kereng | [kueh k«.ÄeN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira. | | | |
gaseng bawang | [gA.siN bA.wAN] | | sejenis gasing yang berbentuk bawang besar. | Aku maen pakai gaseng bawang aje. | | Aku bermain menggunakan gasing bawang sahaja. |
keladi Serawak | [k«.lA.di s«.ÄA.wA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor. | | | |
gerit | [g«.Äit] | kata nama | getah berbentuk gelang yang digunakan untuk mengikat sesuatu. | Akak pakai gerit ikat rambot. | [A.kA/ pA.kAj g«.Äit i.kAt ÄAm.bot ] | Kakak ikat rambut dengan gelang getah. |
gaseng kembang | [gA.seN kEm.bAN] | | sejenis gasing yang besar, berbentuk lebar pada bahagian sebelah atas dan dimainkan oleh orang dewasa. | Engkau gaseng kembang, aku gaseng jantong mana boleh main same-same. | ] | Gasing engkau gasing kembang, gasing aku gasing jantung mana boleh main sama-sama. |