Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.bang] | برچابڠ

Definisi : 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabang

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
serampang udang[s«.ÄAm.pAN u.dAN] sejenis alat menangkap udang galah yang matanya diperbuat daripada besi bercabang tiga.Aku dapat udang ni gune serampang udang ni le.[A.ku dA.pAt u.dAN ni gu.n« s«.ÄAm.pAN u.dAN ni l«]Aku dapat udang ini menggunakan serampang udang inilah.
ale bangke[A.le bAN.k«] sejenis alat yang diperbuat daripada besi panjang yang pada satu hujung berbentuk seperti mata pahat, dan pada hujung yang satu lagi mempunyai bentuk yang bercabang dan melengkung. Alat ini boleh digunakan untuk mengopek kulit pokok kayu dan mencabut paku dengan mudah.Paku ni besau, umpil le paku ni gune ale bangke.[pA.ku ni b«.sAw um.pil l« pA.ku ni gu.n« A.le bAN.k«]Paku ini besar, gunakanlah ale bangke untuk mencabutnya.

Kembali ke atas