Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ngelogak[N«.lo.gA/]kata adjektifberkenaan orang yang suka bercakap besar dan meninggi diri.Jangan ngelogak, nanti orang benci.[dZA.NAn N«.lo.gA/ nAn.ti o.ÄAN b«n.tSi]Jangan suka bercakap besar, nanti orang benci.
mengabong[m«.NA.boN]kata kerjabercakap yang bukan-bukan atau merepek.Mengabong aje kau ni, meluat aku.[m«.NA.boN A.dZ« kAw ni m«.lu.wAt A.ku]Merepek saja kau ni, meluat aku.
bahal[bA.hAl]kata adjektifsakit urat yang setempat biasanya pada punggung, pangkal paha atau gusi.Dah kene bahal gigi le tu, patot tak becakap.[dAh k«.n« bA.hAl gi.gi l« tu pA.tot tA/ b«.tSA.kAp]Sudah kena sakit gigi hingga ke uratlah tu, patutlah tidak boleh bercakap.

Kembali ke atas