[ber.de.rau] | بردراو
Definisi : , berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.de.rau] | بردراو
Definisi : bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah: di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.de.rau] | بردراو
Definisi : 1 berbunyi spt bunyi air dicurahkan (ombak atau hujan yg dibawa angin dll). 2 tersirap (darah); ~ darahnya apabila dia melihat seekor ular di hadapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ber.de.rau] | بردراو
Definisi : bergotong-royong membuat sesuatu pekerjaan; bertolong bantu: Kebanyakan orang Kedah menanam padi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)