Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar

Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
berinai curi[b«.Äi.nAj tSu.Äi] pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran.Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi.[s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi]Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi.

Kembali ke atas