Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
eko becat [e.ko b«.tSAt][e.ko b«.tSAt] berkenaan buah padi yang separuh masak berwarna kuning kehijauan. Biasanya keadaan sebegini berlaku dalam tempoh lebih kurang sepuluh hari. Pada peringkat ini padi boleh dibuat emping.Nak ketam apenye, padi tengah eko becat.[]Apa yang hendak diketam, padi baru separuh masak.

Kembali ke atas