Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rom.ba/]/[ber.om.ba/] | براومبق

Definisi : bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Apa diharap padi rendang,
     Daun berombak ditiup bayu;
Apa diharap budinya orang,
     Tidak sama budinya ibu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
angen gadai[A.Nen gA.dAj] angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut.Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang.[nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN]Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang.

Kembali ke atas