Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ngelogak[N«.lo.gA/]kata adjektifberkenaan orang yang suka bercakap besar dan meninggi diri.Jangan ngelogak, nanti orang benci.[dZA.NAn N«.lo.gA/ nAn.ti o.ÄAN b«n.tSi]Jangan suka bercakap besar, nanti orang benci.
pacal[pA.tSAl]kata namaikan parang yang bersaiz besar, Chirocentrus dorab.   
jumpol[dZum.pol]kata namasejenis ikan belanak yang bersaiz besar dan beratnya boleh melebihi sekilo, Mugil planiceps.   
loyah[lo.jAh]kata adjektifberkenaan mulut manusia atau benda yang besar.Nak senang isik ae, carik le tempayan mulut loyah.[nA/ s«.nAN i.si/ Ae tSA.Äi/ l« t«m.pA.jAn mu.lut lo.jAh]Nak senang isi air, carilah tempayan mulut besar.
durian gantang[du.Äi.jAn gAn.tAN] sejenis buah durian bersaiz besar, biasanya sebesar gantang dan berkulit hijau; durian gajah.   
durian gajah[du.Äi.jAn gA.dZAh] sejenis buah durian bersaiz besar, biasanya sebesar gantang dan berkulit hijau; durian gantang.   
sireh Melayu[si.Äeh m«.lA.ju] sejenis daun sirih yang keras, bersaiz besar dan berwarna hijau dan berurat kasar. Selain dimakan digunakan juga untuk membuat gubahan sirih junjung.   
durian daon[du.Äi.jAn dAon] sejenis buah durian yang bersaiz kecil, berduri panjang, berbiji besar, isinya nipis dan rasanya maung.   
padi Bugis[pA.di bu.gis] sejenis padi yang boleh tumbuh di tanah yang mempunyai sedikit air atau di tanah yang lembab. Padi ini besar dan bulat berbanding padi lain.   
gaseng bawang[gA.siN bA.wAN] sejenis gasing yang berbentuk bawang besar.Aku maen pakai gaseng bawang aje.Aku bermain menggunakan gasing bawang sahaja.
12

Kembali ke atas