Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lembek-liak[l«m.bi/.li.jA/]kata adjektifberkenaan seseorang atau sesuatu yang berkeadaan meliuk-lintuk.Bayi ni lembek-liak, pegang betol-betol.[bA.ji ni l«m.bi/.li.jA/ p«.gAN b«.tol.b«.tol]Bayi ni lembek-liak, pegang betul-betul.
buang kelat[bu.wAN k«.lAt] tidur sekejap bagi menghilangkan rasa mengantuk.Takat buang kelat aje, bukan nak tido betol-betol.[tA.kAt bu.wAN k«.lAt A.dZ« bu.kAn nA/ ti.do b«.tol.b«.tol]Tidur sekejap sahaja bukan hendak tidur betul-betul.
menimbus[m«.nim.bus]kata tugasada (bahasa kasar).Kau tak carik betol-betol, menimbus dalam bilek tu baju kau.[kAw tA/ tSA.Äi/ b«.tol.b«.tol m«.nim.bus dA.lAm bi.le/ tu bA.dZu kAw]Engkau tak cari betul-betul, ada baju kau di dalam bilik itu.
kayu letop[kA.ju l«.top] alat penolak dalam permainan letup-letup yang diperbuat daripada bilah buluh yang kecil.Nyampah betul, kayu letop aku ni asyik patah aje.[øAm.pAh b«.tul kA.ju l«.top A.ku ni A.Si/ pA.tAh A.dZ«]Menyampah betul, kayu letup aku ini selalu sahaja patah.
jelat[dZ«.lAt]kata adjektif1. degil; himol, baut.Kau ni jelat betol.[kAw ni dZ«.lAt b«.tol]Kau ni degil betul.
baot[bAot]kata adjektifdegil; himol; jelat.Baot betol budak ni, langsong tak dengau cakap orang.[bAot b«.tol bu.dA/ ni lAN.soN tA/ d«.NAw tSA.kAp o.ÄAN]Degil betul budak ini, langsung tidak mahu mendengar cakap orang.
bunga kelawau[bu.NA k«.lA.wAw] lubang-lubang udara yang berukiran tertentu yang dibuat pada tebar layar, bahagian atas pintu atau tingkap, dan sebagainya. Lubang ini berfungsi untuk tujuan pencahayaan kerana cahaya matahari boleh menembusinya dan juga bagi tujuan pengudaraan.Wah, cantek betol bunga kelawau kat timba layau kau ni![wAh tSAn.te/ b«.tol bu.NA k«.lA.wAw kAt tim.bA lA.jAw kAw ni]Wah, cantik betul ukiran bunga kelawar pada tebar layar engkau ini!
menugal[m«.nu.gAl]kata adjektifkeadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam.Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku![lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku]Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku!

Kembali ke atas