[bi.sing] | بيسيڠ
Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.sing] | بيسيڠ
Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)