abon | [A.bon] | kata nama | habuan. | Kebon ni abon mak, kebon tu abon along. | [ke.bon ni A.bon mA/ ke.bon tu A.bon A.loN] | Kebun ini habuan emak, kebun tu habuan abah. |
menyungko | [m«.øuN.ko] | kata kerja | menangkap udang geragau dengan menggunakan sungkur. | Kalau tebongkok-bongkok tu tengah menyungko le. | [kA.lAw t«.boN.kok.boN.ko/ tu t«.NAh m«.øuN.ko l«] | Kalau terbongkok-bongkok tu tengah menyungkolah tu. |
mengabong | [m«.NA.boN] | kata kerja | bercakap yang bukan-bukan atau merepek. | Mengabong aje kau ni, meluat aku. | [m«.NA.boN A.dZ« kAw ni m«.lu.wAt A.ku] | Merepek saja kau ni, meluat aku. |
tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
buat hubong | [bu.wAt hu.boN] | | menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar. | Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong. | [ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN] | Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu. |
telinga tadah embon | [t«.li.NA tA.dAh «m.bon] | | bentuk cuping telinga yang bahagian paling bawah ternaik sedikit. | Anak kau ni telinga tadah embon, bagus! | [A.nA/ kAw ni t«.li.NA tA.dAh «m.bon bA.gus] | Anak engkau ini telinga tadah embun, bagusl! |
pigi sebon | [pi.gi se.bon] | | perigi yang telah terbiar dan dipenuhi semak atau lumpur. | Ari dah nak senje ni pon bapak nak pegi nimbe pigi sebon? | [A.Äi dAh nA/ s«n.dZA ni pon bA.pA/ nA/ p«.gi nim.b« pi.gi se.bon] | Hari sudah hampir senja ini pun, bapa hendak pergi menimba perigi sebon? |
buloh rabong | [bu.loh ÄA.boN] | | sejenis buluh berwarna kehitaman yang digunakan untuk membuat rangka layang-layang. | | | |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |
selongket | [s«.loN.ket] | kata kerja | membongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan. | Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi. | [A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi] | Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi. |