[bu.sut] | بوسوت
Definisi : 1. tanah yg melonggok spt bukit tetapi lebih rendah, bukit kecil: ia beredarlah dr situ lalu pergi duduk di atas sebuah ~; 2. sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil: ~ semut; ~ betina busut yg besar dan bulat; ~ jantan busut kecil dan lancap;membusut menjadi spt busut: kerak nasi ~ jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bu.sut] | بوسوت
Definisi : 1 tanah yg berlonggok spt bukit tetapi jauh lebih rendah. 2 sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil. ~ betina busut yg agak besar dan bulat bentuknya. ~ jantan busut yg lancip bentuknya. membusut menjadi spt busut: Kerak nasi ~ jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)