Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rut] | چروت

Definisi : ; mencerut 1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut: ~ leher; 2. ki (berasa) sakit bagai dicerut: perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dsb): pd masa yg sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi; cerutan hasil (perbuatan) mencerut: kelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pd rusa yg sudah tidak bermaya lagi; pencerutan perbuatan mencerut; pencerut tali (orang dll) yg mencerut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rut] | چروت

Definisi : Kl, Tr sabit (penyabit); mencerut memotong dgn cerut, menyabit: ~ rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rut] | چروت

Definisi : sj rokok yg dibuat drpd daun tembakau kering yg digulung, serutu; mencerut menghisap cerut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rut] | چروت

Definisi : ; mencerut membelit atau mengikat di keliling sesuatu erat-erat; menjerut: ~ leher. mencerutkan menggunakan sesuatu utk mencerut; menjerutkan: Kerana geram, dia ~ tali pd leher pencuri itu. pencerut tali dll yg dicerutkan; penjerut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.rut] | چروت

Definisi : , = cerutu sj rokok yg dibuat drpd daun tembakau yg digulung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerut


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sipot daon[si.pot dAon] simpulan pada hujung anyaman kelongsong buah cempedak yang diperbuat daripada daun kelapa.Kau buat sipot daon tu kene cerot kuat-kuat, tak nanti teburai.[kAw bu.wAt si.pot dAon tu k«.n« tS«.Äot ku.wAt.ku.wAt tA/ nAn.ti t«.bu.ÄAj]Engkau cerut simpulan pada hujung daun kelapa itu kuat-kuat, jika tidak nanti terburai.

Kembali ke atas