Definisi : benda (spt bilah, lidi, dll) yg digunakan utk mengeluarkan sesuatu dr lubang; ~ gigi bilah utk mengeluarkan sisa makanan dll dr gigi, korek gigi; bercungkil 1. telah dikeluarkan dr lubang dgn penyungkil dll; 2. sudah dimasukkan benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar), bercacar, bertanam cacar: orang yg tidak ~ mudah sekali dijangkiti penyakit ketumbuhan; mencungkil 1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), mengeluarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil; cungkilan; nyiur ~ a) nyiur yg sudah boleh dicungkil (sudah keras isinya); b) yg sudah dicungkil; pencungkilan 1. perihal atau perbuatan mengeluarkan sesuatu dgn pencungkil; 2. perihal atau perbuatan menanam cacar, pencacaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)