tinjau belukau | [tin.dZAw b«.lu.kAw] | | peringkat pertumbuhan pokok padi di antara tahap masuk isi hingga bunting. | Padi aku tengah tinjau belukau. | [pA.di A.ku t«.NAh tin.dZAw b«.lu.kAw] | Padi aku sedang tinjau belukau. |
kelek anak | [kE.le/ A.nA/] | | bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang. | Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu. | [kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu] | Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu. |
papan slipe tiang | [pA.pAn sli.p« ti.jAN] | | kepingan kayu yang dipasang sebagai pengalas di antara tiang rumah dengan batu tiang. | Kau buat rumah aku, jangan lupe pasang papan slipe tiang. | [kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku dZA.NAn lu.p« pA.sAN pA.pAn sli.p« ti.jAN] | Engkau buat rumah aku, jangan lupa pasang papan slipe tiang. |
laluan tikus | [lA.lu.wAn ti.kus] | | kayu yang dipasang melintang di antara dua tiang bumbung. | Kau buat rumah aku ni nanti jangan lupe pasang laluan tikus. | [kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku ni nAn.ti dZA.NAn lu.p« pA.sAN lA.lu.wAn ti.kus] | Engkau buat rumah aku ini nanti jangan lupa pasangkan kayu melintang di bumbung. |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |