| selasau | [s«.lA.sAw] | kata nama | tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah. | Pasangle selasau nanti laok kena panas. | [pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs] | Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas. |
| tengko | [t«N.ko] | kata kerja | menterbalikkan dan mengetuk-ngetuk bekas untuk mengeluarkan sesuatu. | Pegi tengko tin biskot ni kat luwo, nanti rumah koto. | [p«.gi t«N.ko tin bis.kot ni kAt lu.wo nAn.ti Äu.mAh ko.to] | Pergi tengko bekas ini di luar, nanti rumah kotor. |
| | | | 2. tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; selasau. | Eh, penanggah kau tak siap lagi ke, mana nak letak makanan. | [eh p«.nAN.gAh kAw tA/ si.jAp lA.gi k« mA.nA nA/ l«.tA/ mA.kA.nAn] | Eh, penanggah engkau tidak siap lagikah? Di mana hendak letak makanan. |
| mengkewan | [m«N.k«.wAn] | kata nama | bilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; pencewan. | Pegi mandi kat mengkewan, bilek ae kat dalam dah penoh. | [p«.gi mAn.di kAt m«N.k«.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh] | Pergi mandi di mengkewan, bilik air di dalam sudah penuh. |
| pencewan | [p«n.tSe.wAn] | kata nama | bilik air tanpa bumbung di luar rumah yang berdinding atap dan lantainya diperbuat daripada kayu atau batang nibung; mengkewan | Pegi mandi kat pencewan, bilek ae kat dalam dah penoh. | [p«.gi mAn.di kA p«n.tSe.wAn bi.le/ Ae kAt dA.lAm dAh p«.noh] | Pergi mandi kat pencewan, bilik air di dalam dah penuh. |