| madu angsa | [mA.du AN.sA] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut hitam, yang diperap dengan ragi dan dimakan bersama santan. | | | |
| sireh Melayu | [si.Äeh m«.lA.ju] | | sejenis daun sirih yang keras, bersaiz besar dan berwarna hijau dan berurat kasar. Selain dimakan digunakan juga untuk membuat gubahan sirih junjung. | | | |
| tebak | [t«.bA/] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula. | | | |
| jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
| keladi minyak | [k«.lA.di mi.øA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepah dan daunnya berwarna hijau kekuningan dan berkilat seolah-olah berminyak. Keladi ini paling sedap dimakan apabila direbus. | | | |
| cendawan kawan | [tS«n.dA.wAn kA.wAn] | | sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut. | | | |
| pulot tetal | [pu.lot t«.tAl] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula. | | | |
| cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |
| paku mengawan | [pA.ku m«.NA.wAn] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek | | | |
| tak menyenet | [tA/ m«.ø«.net] | | berkenaan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tidak sempat hidup atau membesar kerana dimusnahkan oleh sesuatu. | Abes tak menyenet anak pokok aku dikejekan kambeng. | [A.bes tA/ m«.ø«.net A.nA/ po.ko/ A.ku di.k«.dZ«.kAn kAm.beN] | Habis tak sempat hidup anak pokok aku sebab dimakan kambing. |