pasak bumi | [pA.sA/ bu.mi] | | berkenaan pesilat berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan bagi tujuan menguatkan kedudukan. | Kalau nak kalahkan aku, pasak bumi kau mesti le bagus. | [kA.lAw nA/ kA.lAh.kAn A.ku pA.sA/ bu.mi kAw m«s.ti l« bA.gus] | Kalau hendak mengalahkan aku, pasak bumi engkau mestilah bagus. |
buang kelat | [bu.wAN k«.lAt] | | tidur sekejap bagi menghilangkan rasa mengantuk. | Takat buang kelat aje, bukan nak tido betol-betol. | [tA.kAt bu.wAN k«.lAt A.dZ« bu.kAn nA/ ti.do b«.tol.b«.tol] | Tidur sekejap sahaja bukan hendak tidur betul-betul. |
menggelujang | [m«N.g«.lu.dZAN] | kata adjektif | berkenaan manusia atau haiwan yang meronta-ronta sambil kaki menedang-nendang. | Bukan maen susah lagi budak ni nak bagi ubat, die menggelujang. | [bu.kAn mAen su.sAh lA.gi bu.dA/ ni nA/ bA.gi u.bAt di.j« m«N.g«.lu.dZAN] | Bukan main susah lagi budak ini hendak diberikan ubat, dia menggelujang. |