bahal | [bA.hAl] | kata adjektif | sakit urat yang setempat biasanya pada punggung, pangkal paha atau gusi. | Dah kene bahal gigi le tu, patot tak becakap. | [dAh k«.n« bA.hAl gi.gi l« tu pA.tot tA/ b«.tSA.kAp] | Sudah kena sakit gigi hingga ke uratlah tu, patutlah tidak boleh bercakap. |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
ayon | [A.jon] | kata tugas | tempoh masa yang agak panjang dalam satu hari. | Dari tengah hari ayon ke petang die tu mule le saket. | [dA.Äi t«.NAh hA.Äi A.jon k« p«.tAN di.j« tu mu.l« l« di.y« sA.ket] | Dari tengah hari hingga ke petang itu dia mulalah sakit. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |