Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gondeng[gon.deN]kata kerjaikhtiar.Kalau tak bejaye juge, kite gondeng care laen pulak.[kA.lAw tA/ b«.dZA.j« dZu.g« ki.t« gon.deN tSA.Ä« lAen pu.lA/]Kalau tidak berjaya juga, kita ikhtiar cara lain pula.
dah tak tawan daye[dAh tA/ tA.wAn dA.j«] habis ikhtiar.Banyak dokto dah jumpe, dah tak tawan daye, mak bawak jumpe bomo.[bA.øA/ do/.to dAh dZum.p« dAh tA/ tA.wAn dA.j« mA/ bA.wA dZum.p« bo.mo]Banyak doktor telah ditemui, habis ikhtiar, emak bawa jumpa bomoh.

Kembali ke atas