Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri] | جاري

Definisi : 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : 1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cendawan tekuko[tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda.   
kelatu[k«.lA.tu]kata kerjaketuk dengan menggunakan buku jari, biasanya di kepala, luku.Kau jangan ngade-ngade, aku kelatu kang.[kAw dZA.NAn NA.d«.NA.d« A.ku k«.lA.tu kAN]Kau jangan mengada-ngada, aku kelut nanti.
kayu ibu[kA.ju i.bu] kayu sebesar ibu jari kaki dan berukuran kira-kira sekaki yang digunakan dalam permainan konda kondi.Ape le kayu ibu kau ni bengkok. Macam mane nak pukol?[A.p« l« kA.ju i.bu kAw ni bEN.ko/ mA.tSAm mA.n« nA/ pu.kol]Apalah kayu ibu engkau ini bengkok. Bagaimana hendak pukul?
kayu anak[kA.ju A.nA/] kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi.Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket.[eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket]Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit.
punat kelape[pu.nAt k«.lA.p«] tombong kelapa yang sebesar jari kelinking.Budak-budak ni punat kelape pon nak berebut sampai gaduh-gaduh.[bu.dA/.bu.dA/ ni pu.nAt k«.lA.p« pon nA/ b«.Ä«.but sAm.pAj gA.duh.gA.duh]Budak-budak ini punat kepala pun hendak berebut hingga bergaduh.
letop-letop[l«.top.l«.top]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan.Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek.[nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/]Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik.

Kembali ke atas