recak | [Ä«.tSA/] | kata kerja | 1. menakik-nakik hujung buah durian untuk mencari garisan pangsa supaya senang dibuka | Durian ni kulet tebal, kena recak banyak kali, baru boleh bukak. | [du.Äi.jAn ni ku.let t«.bAl k«.nA Ä«.tSA/ bA.øA/ kA.li bA.Äu bo.leh bu.kA/] | Durian ini berkulit tebal, kena recak banyak kali, baru boleh dibuka. |
lacak | [lA.tSA/] | kata kerja | memijak sesuatu secara berulang-ulang kali oleh manusia atau haiwan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Abes sapan batas sayo aku kene lacak lembu. | [A.bes sA.pAn bA.tAs sA.jo A.ku k«.n« lA.tSA/ l«m.bu] | Habis rosak batas sayur aku dipijak-pijak lembu. |
naek buai | [nAe/ bu.wAj] | | suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian. | Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian. | [kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn] | Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian. |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |