mengkam | [m«N.kAm] | kata adjektif | sakit perut sedikit. | Mengkam pulak perot aku, makan nangke agaknye. | [m«N.kAm pu.lA/ p«.Äot A.ku mA.kAn nAN.k« A.gA/.ø«] | Sakit perut pula aku, makan nangka agaknya. |
komkam | [kom.kAm] | kata adjektif | berkenaan orang yang gila-gila sama ada dalam percakapan atau perbuatan. | Die tu komkam, malas aku nak layan. | [di.j« tu kom.kAm mA.lAs A.ku nA/ lA.jAn] | Dia itu komkom, malas aku nak layan. |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |
mengkuang kampong | [m«N.ku.wAN kAm.poN] | | sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang keling. | | | |
tupai jantan | [tu.pAj dZAn.tAn] | | kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, sokong barat. | Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang tupai jantan. | [kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN tu.pAj dZAn.tAn] | Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan tupai jantan. |
sokong barat | [so.koN bA.ÄAt] | | kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, tupai jantan. | Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang sokong barat. | [kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN so.koN bA.ÄAt] | Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan sokong barat. |
serong barat | [se.ÄoN bA.ÄAt] | | kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang;, sokong barat, tupai jantan. | Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang serong barat. | [kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN se.ÄoN bA.ÄAt] | Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang serong barat. |
tak menyenet | [tA/ m«.ø«.net] | | berkenaan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tidak sempat hidup atau membesar kerana dimusnahkan oleh sesuatu. | Abes tak menyenet anak pokok aku dikejekan kambeng. | [A.bes tA/ m«.ø«.net A.nA/ po.ko/ A.ku di.k«.dZ«.kAn kAm.beN] | Habis tak sempat hidup anak pokok aku sebab dimakan kambing. |
guntas | [gun.tAs] | kata kerja | perbuatan meragut bahagian pucuk daun atau bunga oleh haiwan atau manusia. | Abes sapan pokok bunge aku baru nak tumbuh kene guntas kambeng. | [A.bes sA.pAn po.ko/ bu.N« A.ku bA.Äu nA/ nA/ tum.buh k«.n« gun.tAs kAm.beN] | Habis rosak pokok bunga aku baru hendak tumbuh diragut oleh kambing bahagian pucuknya. |