Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ling] | کليڠ

Definisi : IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi); mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : sl sj kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : 1. sl sebuah empayar di pantai Coro­mandel Semenanjung India, yg disebut Kalinga dan Telingana, yg terkenal dgn pelayar atau pedagang yg datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara, “Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah ~ dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?”; 2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yg berasal dari Kalinga dan Telingana yg datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pd masa itu Holanda dan orang Cina dan orang ~ pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya; 3. Kd, Pn orang India yg beragama Islam; ~ pelikat orang India yg beragama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : 1 (bahagian) India selatan: benua ~. 2 = orang ~ orang yg berasal dr selatan India. ~ pelikat orang India yg beragama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keling

Puisi
 

Orang Keling sembahyang kusami,
     Bawa dian sepuntung seorang;
Ibarat ambo rumput di bumi,
     Pagi petang dipijak orang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sireh Keling[si.Äeh k«.liN] sejenis daun sirih yang lembut bersaiz sederhana dan berwarna kekuningan.   
mengkuang Keling[m«N.ku.wAN k«.liN] sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang kampong.   
telinge batak[t«.li.N« bA.tA/] sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling.   
mengkuang kampong[m«N.ku.wAN kAm.poN] sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang keling.   

Kembali ke atas