Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
keket[ke.ket]kata adjektifberkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus.Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket.[po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket]Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur.
menyungko[m«.øuN.ko]kata kerjamenangkap udang geragau dengan menggunakan sungkur.Kalau tebongkok-bongkok tu tengah menyungko le.[kA.lAw t«.boN.kok.boN.ko/ tu t«.NAh m«.øuN.ko l«]Kalau terbongkok-bongkok tu tengah menyungkolah tu.
tengko[t«N.ko]kata kerjamenterbalikkan dan mengetuk-ngetuk bekas untuk mengeluarkan sesuatu.Pegi tengko tin biskot ni kat luwo, nanti rumah koto.[p«.gi t«N.ko tin bis.kot ni kAt lu.wo nAn.ti Äu.mAh ko.to]Pergi tengko bekas ini di luar, nanti rumah kotor.
eko becat [e.ko b«.tSAt][e.ko b«.tSAt] berkenaan buah padi yang separuh masak berwarna kuning kehijauan. Biasanya keadaan sebegini berlaku dalam tempoh lebih kurang sepuluh hari. Pada peringkat ini padi boleh dibuat emping.Nak ketam apenye, padi tengah eko becat.[]Apa yang hendak diketam, padi baru separuh masak.
kobak[ko.bA/]kata kerjamencangkul.Jangan kobak kat situ, tanahnye bebatu.[dZA.NAn ko.bA/ kAt si.tu tA.nAh.ø« b«.bA.tu]Jangan mencangkul di situ kerana tanahnya penuh dengan batu.
kopok[ko.po/]kata kerjatepuk perlahan-lahan, misalnya mententeramkan bayi.Dah kene kopok, baru die tido.[dAh k«.n« ko.po/ bA.Äu di.j« ti.do]Sudah ditepuk perlahan-lahan, baru dia tidur.
maen kobe[mA«n ko.b«] sejenis permainan tenteng.Kite maen kobe, nak?[ki.t« mAen ko.b« nA/]Kita main kobe, nak?
boko[bo.ko]kata kerjamakan; sepah, tedas.Keje malas, boko aje tahunye![k«.dZ« mA.lAs bo.ko A.dZ« tA.hu.ø«]Kerja malas, makan sahaja tahunya!
kohot[ko.hot]kata adjektifhangus.Api besau sangat, abes kohot kue aku.[A.pi b«.sAw sA.NAt A.bes ko.hot kue A.ku]Api besar sangat habis hangus kuih aku.
temiko[t«.mi.ko]kata namabekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak.Tak payah le buang temiko lagi, bedose.[tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«]Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa.
12345

Kembali ke atas