kuah lade | [ku.wAh lA.d«] | | sejenis lauk gulai pedas daging lembu atau ikan yang diperbuat daripada campuran cili kering, sedikit ketumbar biji, jintan manis, lada hitam, kerisik atau kelapa bakar yang kesemuanya dilumatkan dan ditumis. | | | |
kuah asam pedas | [ku.wAh A.sAm p«.dAs] | | sejenis lauk pedas yang mengandungi ikan atau daging dan daun limau purut. | | | |
makan kuah kuneng | [mA.kAn ku.wAh ku.neN] | | pergi ke majlis perkahwinan; pegi panggel. | Wah, esok makan kuah kuneng le kite! | [wAh e.so/ mA.kAn ku.wAh ku.neN l« ki.t«] | Wah, esok ke majlis perkahwinanlah kita! |
dedat | [d«.dAt] | kata kerja | mengesat atau mengelap. | Ambek kaen, dedat kuah tumpah tu. | [Am.be/ kAen d«.dAt ku.wAh tum.pAh tu] | Ambil kain, kesat kuah yang tumpah itu. |
tawau lese | [tA.wAw l«.se] | | sangat tawar, tiada rasa garam atau gula langsung. | Tawau lese kuah ni, buboh le garam. | [tA.wAw le.se ku.wAh ni bu.boh l« gA.ÄAm] | Sangat tawar kuah ini, bubuhlah garam. |
gelugo | [g«.lu.go] | kata adjektif | mendidih. | Kalau dah gelugo, angkat kuah tu. | [kA.lAw dAh g«.lu.go AN.kAt ku.wAh tu] | Kalau sudah mendidih, angkat kuah itu. |
tebak | [t«.bA/] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula. | | | |
jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
pulot tetal | [pu.lot t«.tAl] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula. | | | |
pegi panggel | [p«.gi pAN.gel] | | pergi ke majlis perkahwinan; makan kuah kuneng | Kau nak ikot mak pegi panggel tak? | [kAw nA/ i.kot mA/ p«.gi pAN.gel tA/] | Engkau hendak ikut emak pergi ke majlis perkahwinan tak? |