Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kerempeng[k«.Äem.peN]kata namaberkenaan tubuh yang kurus.Dah lame sakit, mane badan die tak kerempeng.[dAh lA.m« sA.kit mA.n« bA.dAn di.j« tA/ k«.Äem.peN]Dia sudah lama sakit, sebab itu badan dia kurus.
tebu lanjung[t«.bu lAn.dZuN] sejenis tebu yang batangnya kurus tinggi, berwarna kehijauan dan mempunyai ruas yang panjang-panjang.   
melempen[m«.l«m.pen]kata adjektifkeadaan perut yang pipih akibat kurus atau telah lama tidak makan.Lame saket ape tak melempen perot die.[lA.m« sA.ket A.p« tA/ m«.l«m.pen p«.Äot di.j«]Lama sakit apa tak melempen perutnya.
galau[gA.lAw]kata adjektifberkenaan bentuk pinggang yang lurus tidak kira orang kurus atau gemuk.Pinggang kau ni galau, tak cantek pakai kebaye. Pakai aje le baju kurong.]Pinggang engkau ini lurus, tidak cantik pakai baju kebaya pakai sahajalah baju kurung.
merengkai[m«.Ä«N.kAj]kata adjektifkurus dan tidak bermaya.Macam mane badan tak merengkai, ari-ari isap dadah.[mA.tSAm mA.n« bA.dAn tA/ m«.Ä«N.kAj A.Äi.A.Äi i.sAp dA.dAh]Macam mana badan tidak merengkai, hari-hari hisap dadah.
keket[ke.ket]kata adjektifberkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus.Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket.[po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket]Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur.

Kembali ke atas