Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi lantanum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd, Kl, bp sekarang; ~ ni sekarang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp lah: dia belum sampai lagi ~ (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp kata utk menyatakan kehairanan: ~ mengapa tak datang tadi? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata la


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nyelalak[ø«.lA.lA/]kata kerjaterbabas ke hadapan, ke kiri atau ke kanan, misalnya kenderaan.Jalan licen, kete nyelalak masok paret.[dZA.lAn li.tSen ke.t« ø«.lA.lA/ mA.so/ pA.Äet]Jalan licin, kereta terbabas lalu masuk ke dalam parit.
layang-layang Melayu[lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju] layang-layang yang tulang melintang lebih panjang daripada tulang menegak, berbentuk seakan-akan ikan pari, dan tidak mempunyai ekor.Oh, kau buat layang-layang Melayu, patot le tak de eko![oh kAw bu.wAt lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju pA.tot l« tA/ d« e.k]Oh, engkau buat layang-layang Melayu, patutlah tiada ekor.
layang-layang tekpi[lA.jAN.lA.jAN tE/.pi] layang-layang Melayu yang ditampal gambar tekpi pada permukaannya.Tengok layang-layang aku ni, layang-layang tekpi, cantek tak?[tE.N/ lA.jAN.lA.jAN A.ku ni lA.jAN.lA.jAN tE/.pi tSAn.te/ tA/]Tengok layang-layang aku ini telah dilukis dengan gambar tekpi, cantikkah?
layang-layang ikan[lA.jAN.lA.jAN i.kAn] layang-layang Melayu yang mempunyai ekor.Wah, kau dah buboh eko layang-layang kau ni, ni layang-layang ikan ni!.[wAh kAw dAh bu.boh e.ko lA.jAN.lA.jAN kAw ni ni lA.jAN.lA.jAN i.kAn]Wah, engkau dah bubuh ekor pada layang-layang engkau ini, ini layang-layang ikan!
mencelah[m«n.tS«.lAh]kata adjektifperingkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh.Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu.[du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu]Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya.
hanyot[hA.øot]kata adjektifberkenaan dengan layang-layang yang putus tali.Kau kalah, layang-layang kau dah hanyot.[kAw kA.lAh lA.jAN.lA.jAN kAw dAh hA.øot]Engkau kalah, layang-layang engkau sudah hanyut.
menugal[m«.nu.gAl]kata adjektifkeadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam.Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku![lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku]Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku!
potong pajak[po.toN pA.dZA/] menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak.Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje.[tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«]Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah.
siku-siku[si.ku.si.ku]kata namabahagian hujung kiri dan kanan tulang melintang layang-layang yang dilengkongkan.Siku-siku layang-layang kau ni aku tengok senget aje.[si.ku.si.ku lA.jAN.lA.jAN kAw ni A.ku t«.No/ s«.Net A.dZ«]Kedua-dua bahagian tepi layang-layang engkau ini aku tengok senget sahaja.
masok isi[mA.so/ i.si] peringkat padi mula berisi.Padi tengah masok isi, tak lame lagi burong pipet datang le.[pA.di t«.NAh mA.so/ i.si tA/ lA.m« lA.gi bu.ÄoN pi.pet dA.tAN l«]Pokok padi aku sedang mula berisi, tak lama lagi burung pipit datanglah.
12345678910

Kembali ke atas