belaklah | [b«.lA/.lAh] | kata tugas | kata seru bagi menunjukkan perasaan hairan. | Belaklah, macam ni punye banyak! | [b«.lA/.lAh mA.tSAm ni pu.ø« bA.øA/] | Belaklah, banyak sangat! |
buke belah | [bu.k« b«.lAh] | | memulakan kerja awal menanam padi. | Engkau dah buke belah ke? | [«N.kAw dAh bu.k« b«.lAh k«] | Engkau sudah memulakan menanam padi? |
mencelah | [m«n.tS«.lAh] | kata adjektif | peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh. | Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu. | [du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu] | Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya. |
hanyot | [hA.øot] | kata adjektif | berkenaan dengan layang-layang yang putus tali. | Kau kalah, layang-layang kau dah hanyot. | [kAw kA.lAh lA.jAN.lA.jAN kAw dAh hA.øot] | Engkau kalah, layang-layang engkau sudah hanyut. |
terak | [t«.ÄA/] | kata adjektif | berkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh. | Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni? | [b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni] | Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni? |
getah angos | [g«.tAh A.Nos] | | kepingan getah yang lembik akibat terlebih air atau asid sehingga menyukarkan kerja-kerja memproses getah. | Alamak, salah bancoh, abes jadi getah angos! | [A.lA.mA/ sA.lAh bAn.tSoh A.bes dZA.di g«.tAh A.Nos] | Alamak, salah bancuh, habis jadi getah angos. |
pasak bumi | [pA.sA/ bu.mi] | | berkenaan pesilat berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan bagi tujuan menguatkan kedudukan. | Kalau nak kalahkan aku, pasak bumi kau mesti le bagus. | [kA.lAw nA/ kA.lAh.kAn A.ku pA.sA/ bu.mi kAw m«s.ti l« bA.gus] | Kalau hendak mengalahkan aku, pasak bumi engkau mestilah bagus. |
pokok angen | [po.ko/ A.Nen] | | awan yang menyerupai pokok yang rendang yang kelihatan bertingkat-tingkat di kaki langit, menandakan kemungkinan hujan akan turun. | Aku serebe salah nak ke laot, nampak pokok angen. | [A.ku s«.Ä«.b« sA.lAh nA/ k« lAot nAm.pA/ po.ko/ A.Nen] | Aku serba salah nak ke laut, nampak pokok angin |
kenak | [k«.nA/] | kata adjektif | berkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati. | Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite. | [s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«] | Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita. |
sangkak | [sAN.kA/] | kata nama | bahagian hujung galah yang dibelah-belah halus dan dibentuk seperti kerucut (kon) untuk memetik buah seperti buah manggis. | Kalau nak petik buah mangges baek gune galah sangkak. | [kA.lAw nA/ p«.ti/ bu.wAh mAN.ges bAe/ gu.n« gA.lAh sAN.kA/] | Kalau nak petik buah manggis baik guna galah sangkak |