Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari lecah,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(4)

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pisau tarek[pi.sAw tA.Äe/] sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek.Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh.[pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh]Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh.
pahat tarek[pA.hAt tA.Äe/] sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pisau tarek.Pakai pahat tarek rase macam lebeh cepat noreh.[pA.kAj pA.hAt tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh]Pakai pahat tarik terasa lebih cepat menoreh
ketam tarek[k«.tAm tA.Äe/] sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); pahat tarek, pisau tarek.Pakai ketam tarek rase macam lebeh cepat noreh.[pA.kAj k«.tAm tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh]Pakai ketam tarik terasa lebih cepat menoreh.
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.

Kembali ke atas