Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
maton[mA.ton]kata namabuah manggis masak yang kulitnya menjadi keras dan tidak boleh dikopek lagi. Biasanya setelah lama dipetik atau jatuh terhempas.Mangges ni dah maton pulak, tak dapat nak rase.[mAN.ges ni dAh mA.ton pu.lA/ tA/ dA.pAt nA/ ÄA.s«]Buah manggis masak ini maton pula, tak dapat nak rasa.
sangkak[sAN.kA/]kata namabahagian hujung galah yang dibelah-belah halus dan dibentuk seperti kerucut (kon) untuk memetik buah seperti buah manggis.Kalau nak petik buah mangges baek gune galah sangkak.[kA.lAw nA/ p«.ti/ bu.wAh mAN.ges bAe/ gu.n« gA.lAh sAN.kA/]Kalau nak petik buah manggis baik guna galah sangkak

Kembali ke atas