Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri] | ماري

Definisi : 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk meng­ajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
balai[bA.lAj]kata namabahagian rumah papan di hadapan tangga tengah dan bersambung dari pintu tengah rumah, berbumbung dan berlantai yang mengadap anak tangga.Kalau panas sangat, mari sembang kat balai.[kA.lAw pA.nAs sA.NAt mA.Äi sem.bAN kAt bA.lAj]Kalau panas sangat, mari sembang kat balai
menggogoh[m«N.go.goh]kata kerjamenangkap ikan di sawah atau anak sungai yang hampir kering, dengan meraba-raba menggunakan sebelah atau dua belah tangan.Ae sawah dah nak kereng, mari le kite menggogoh.[Ae sA.wAh dAh nA/ k«.ÄeN mA.Äi l« ki.t« m«N.go.goh]Air sawah dah nak kering, marilah kita menggogoh.
   2. mendukung seseorang di bahagian belakang badan; encang.Meh atuk cangcang engkau, boleh jalan cepat sikit.[meh A.tu/ tSAN.tSAN «N.kAw bo.leh dZA.lAn tS«.pAt si.ket]Mari atuk dukung engkau di belakang, boleh jalan cepat sikit.

Kembali ke atas