lembeng | [lem.beN] | kata adjektif | berkenaan mata pisau atau parang yang sumbing. | Baru sekali pakai dah lembeng pisau ni. | [bA.Äu s«.kA.li pA.kAj dAh lem.beN pi.sAw ni] | Baru sekali pakai, sudah sumbing mata pisau ini. |
pecah mate | [p«.tSAh mA.t«] | | berkenaan mata anak haiwan seperti burung, kucing dan lain-lain yang baru boleh dibuka setelah beberapa hari dilahirkan. | Hah, dah pecah mate pon anak kuceng yang ni! | [hAh dAh p«.tSAh mA.t« pon A.nA/ ku.tSeN jAN ni] | Hah, sudah pecah pun mata anak kucing yang ini! |
melalang | [m«.lA.lAN] | kata adjektif | berkenaan mata yang terbeliak dan melilau-lilau yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Biasanya menimbulkan perasaan takut pada orang yang memandang. | Kene rasok agaknye, mate die melalang tengok orang kelileng. | [k«.n« ÄA.so/ A.gA/.ø« mA.t« di.j« m«.lA.lAN t«.No/ o.ÄAN k«.li.leN] | Mata dia terbeliak dan melilau-lilau tengok orang di sekeliling. |
melebet | [m«.le.bet] | kata adjektif | mata pisau, parang atau cangkul yang rosak dalam keadaan terlipat. | Abes mate cangkol aku melebet, kau cangkol tanah ke cangkol batu. | [A.bes mA.t« tSAN.kol A.ku m«.le.bet kAw tSAN.kol tA.nAh k« tSAN.kol bA.tu] | Habis mata cangkul rosak melebet, kau cangkul tanah atau cangkul batu. |
pokok sakat pedang | [po.ko/ sA.kAt p«.dAN] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan panjang seperti mata pedang, paku langsuir. | | | |
belebu | [b«.l«.bu] | kata adjektif | berkenaan mata yang mempunyai pandangan yang tidak terang seolah-olah seperti melihat di dalam kabus. | Ingat sape datang tadi, nampak macam anak aku. Rupenya engkau, tu le, mate dah belebu. | [i.NAt sA.p« dA.tAN tA.di nAm.pA/ mA.tSAm A.nA/ A.ku Äu.p«.ø« «N.kAw tu l«. mA.t« dAh b«.l«.bu.] | Ingatkan siapa datang tadi, nampak macam anak aku. Rupanya engkau, itulah, mata sudah belebu. |
pemangkal | [p«.mAN.kAl] | kata nama | tali penyambung kili-kili dengan tali mata kail. | Pasang dulu pemangkal baru boleh gi manceng. | [pA.sAN du.lu p«.mAN.kAl bA.Äu bo.leh gi mAn.tSeN] | Pasang dulu pemangkal baru boleh pergi memancing. |
bekemayau | [b«.k«.mA.jAw] | kata adjektif | berpinar-pinar. | Bekemayau pulak mate aku ni tengok lampu di Kuale Lumpo. | [b«.k«.mA.jAw pu.lA/ mA.t« A.ku ni te.No/ lAm.pu di ku.A.l« lum.po] | Berpinar-pinar pulak mata aku ini tengok lampu di Kuala Lumpur. |
pikas | [pi.kAs] | kata nama | alat untuk memecah batu atau menggali tanah yang keras, bertangkai kayu dan mempunyai dua mata besi yang tajam. Salah satu matanya runcing manakala mata yang satu lagi leper dan agak tebal. | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakai le pikas, tanah tu keras. | [kA.lAw nA/ tS«.pAt dZA.NAn pA.kAj tSAN.kol pA.kAj le pi.kAs tA.nAh tu k«.ÄAs] | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakailah pikas, tanah tu keras |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |