Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ka] | ملاک

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : nama sj pokok, Emblica officinalis. buah ~ a. buah dr pokok melaka. b. kuih bulat-bulat yg dibuat drpd tepung pulut dan diberi berinti serta digaul dgn kelapa parut; onde-onde. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaka

Puisi
 

Dari Melaka pergi ke Pahang,
     Singgah ke Johor beli berangan;
Saya mengucap selamat datang,
     Jikalau salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gerago[g«.ÄA.go]kata namapanggilan bagi orang yang berketurunan Portugis Melaka.   
telinge batak[t«.li.N« bA.tA/] sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling.   
lepat sagu[l«.pAt sA.gu] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus.   
baju kurong laboh besongket[bA.dZu ku.ÄoN lA.boh b«.soN.ket] pakaian pengantin perempuan di Negeri Melaka.   
serunding kacang[s«.Äun.diN kA.tSAN] sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis.   

Kembali ke atas