Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti api memakan lalang kering,
     tiada dapat dipadamkan lagi.

Bermaksud :

Marabahaya yang tak dapat ditolak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan orang atau haiwan yang memakan apa sahaja benda yang tidak sanggup dimakan oleh orang lain.Jelat beno budak ni, nasik basi pon abes.[dZ«.lAt b«.n bu.dA/ ni nA.si/ bA.si pon A.bes]Jelat benar budak ini, nasi basi pun dimakannya.
cendakau[tS«n.dA.kAw]kata namaalat pada tali kail yang boleh berpusing-pusing apabila ikan memakan umpan supaya kail tidak rosak.Cendakau dah rosak ke, tak puseng-puseng pon![tS«n.dA.kAw dAh Äo.sA/ k« tAk pu.seN pu.seN pon]Cendakau dah rosak agaknya, tak berpusing lagi.

Kembali ke atas