Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapatkan


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
melapu[m«.lA.pu]kata adjektifberkenaan seseorang yang terlalu ingin untuk mendapatkan sesuatu seperti makanan, jawatan, harta, dan lain-lain.Kalau melapu nak jawatan, jangan le pijak orang laen.[kA.lAw m«.lA.pu nA/ dZA.wA.tAn dZA.NAn l« pi.dZA/ o.ÄAN lAen]: Kalau teringin nak dapat jawatan, janganlah pijak orang lain.

Kembali ke atas