Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.né.bar] | منيبر

Definisi : 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; memper­tebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.né.bar] | منيبر

Definisi : membuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbar
Kata Terbitan : bertebar, bertebaran, menebar, tertebar, penebar,

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tebau mengiring[t«.bAw m«.Ni.ÄiN] satu cara menebar gasing dengan tujuan untuk melajukan pusingan gasing.Aku buat tebau mengiring aje ni, biau puseng laju![A.ku bu.wAt t«.bAw m«.Ni.ÄiN A.dZ« ni bi.jAw pu.seN lA.dZu]Aku buat tebar mengiring sahaja, biar pusingan gasing laju!
tebau mengentak[t«.bAw m«.N«n.tA/] satu cara menebar gasing dengan tujuan memangkah gasing pihak lawan.Kalau kau nak pangkah gaseng die kene buat tebau mengentak le.[kA.lAw kAw nA/ pAN.kAh gA.seN di.j« k«.n« bu.wAt t«.bAw m«.N«n.tA/ l«]Kalau engkau hendak pangkah gasing dia buat tebar menghentaklah.

Kembali ke atas