tanah coho | [tA.nAh tSo.ho] | | tanah berlumpur yang cair. | Kaki aku koto tepijak tanah coho. | [kA.ki A.ku ko.to t«.pi.dZA/ tA.nAh tSo.ho] | Kaki aku kotor, terpijak tanah berlumpur. |
tanah pase bulan | [tA.nAh pA.se bu.lAn] | | sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman. | Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die. | [kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«] | Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah. |
sekerap tanah | [s«.k«.ÄAp tA.nAh] | | sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang. | Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual. | [kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl] | Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual. |
kepale tikau | [k«.pA.l« ti.kAw] | | bahagian hujung tikar yang mempunyai lipatan tebal. | Aku tengah buat kepale tikau. | [A.ku t«.NAh bu.wAt k«.pA.l« ti.kAw] | Aku sedang buat kapala tikar. |
tinjau belukau | [tin.dZAw b«.lu.kAw] | | peringkat pertumbuhan pokok padi di antara tahap masuk isi hingga bunting. | Padi aku tengah tinjau belukau. | [pA.di A.ku t«.NAh tin.dZAw b«.lu.kAw] | Padi aku sedang tinjau belukau. |
pisau sorong | [pi.sAw so.ÄoN] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan). | Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong. | [tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN] | Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong |
kobak | [ko.bA/] | kata kerja | mencangkul. | Jangan kobak kat situ, tanahnye bebatu. | [dZA.NAn ko.bA/ kAt si.tu tA.nAh.ø« b«.bA.tu] | Jangan mencangkul di situ kerana tanahnya penuh dengan batu. |
beciyau | [b«.tSi.jAw] | kata kerja | menggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot. | Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot. | [kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot] | Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot. |
ayon | [A.jon] | kata tugas | tempoh masa yang agak panjang dalam satu hari. | Dari tengah hari ayon ke petang die tu mule le saket. | [dA.Äi t«.NAh hA.Äi A.jon k« p«.tAN di.j« tu mu.l« l« di.y« sA.ket] | Dari tengah hari hingga ke petang itu dia mulalah sakit. |
masok isi | [mA.so/ i.si] | | peringkat padi mula berisi. | Padi tengah masok isi, tak lame lagi burong pipet datang le. | [pA.di t«.NAh mA.so/ i.si tA/ lA.m« lA.gi bu.ÄoN pi.pet dA.tAN l«] | Pokok padi aku sedang mula berisi, tak lama lagi burung pipit datanglah. |