Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.la.yan] | نلاين

Definisi : penangkap ikan di laut: kebanyakan orang Melayu hidup dgn bersawah, menjadi ~ atau tuan punya kebun kecil; ~ pantai nelayan yg menangkap ikan di sepanjang perairan dekat pantai, biasanya menggunakan bot kecil sahaja, peralatannya serba keku­rangan, hasil tangkapannya kecil dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.la.yan] | نلاين

Definisi : orang yg kerjanya menangkap ikan; penangkap ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nelayan (kata nama)
Bersinonim dengan penangkap ikan, pemancing, pengail.,

Puisi
 

Kapal belayar sarat muatan,
     Nelayan di laut sedang memukat;
Biar jauh seberang lautan,
     Kerana budi terasa dekat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

133

Between Scylla and Charybdis

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
angen gadai[A.Nen gA.dAj] angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut.Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang.[nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN]Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang.
ibu ambai[i.bu Am.bAj] pondok nelayan berpelantar yang tiangnya dipasakkan ke dasar laut digunakan untuk menarik jaring yang berisi ikan.Bile nak siapkan ibu ambai, nanti ujan basah le.[bi.l« nA/ si.jAp.kAn i.bu Am.bAj nAn.ti u.dZAn bA.sAh l«]Bila nak siapkan ibu ambai, nanti hujan habis basah.
orang luan[o.ÄAN lu.wAn] pekerja yang mengikut arahan tekong dalam perahu, sampan atau bot nelayan; awak perahu.Ae dah penoh dalam sampan, suroh orang luan buangkan ae.[Ae dAh p«.noh dA.lAm sAm.pAn su.Äoh o.ÄAN lu.wAn bu.wAN.kAn Ae]Air dah penuh dalam sampan, suruh pekerja buangkan air.

Kembali ke atas