dilakikan | [di.lA.ki.kAn] | kata adjektif | berkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan. | Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam. | [] | Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam. |
wabe | [wA.b«] | kata tugas | oleh sebab, memandangkan. | Wabe kite ade, tak berani le die nak buat gitu. | [wA.b« ki.t« A.d« tA/ b«.ÄA.ni l« di.j« nA/ bu.wAt gi.tu] | Oleh sebab kita ada, tidak beranilah dia hendak buat begitu. |
selongket | [s«.loN.ket] | kata kerja | membongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan. | Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi. | [A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi] | Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi. |
guntas | [gun.tAs] | kata kerja | perbuatan meragut bahagian pucuk daun atau bunga oleh haiwan atau manusia. | Abes sapan pokok bunge aku baru nak tumbuh kene guntas kambeng. | [A.bes sA.pAn po.ko/ bu.N« A.ku bA.Äu nA/ nA/ tum.buh k«.n« gun.tAs kAm.beN] | Habis rosak pokok bunga aku baru hendak tumbuh diragut oleh kambing bahagian pucuknya. |
kokel | [ko.kel] | kata kerja | menggigit dan memecahkan buah-buahan. | Abes kuini mude aku kene kokel kere. | [A.bes ku.wi.ni mu.d« A.ku k«.n« ko.kel k«.Ä«] | Habis buah kuini muda aku digigit dan dipecahkan oleh kera. |
cangkah-mangkeh | [tSAN.kAh.mAN.keh] | kata tugas | berkenaan berlari secara lintang-pukang. | Budak tu lari cangkah-mangkeh kene kejau anjeng. | [bu.dA/ tu lA.Äi tSAN.kAh.mAN.keh k«.n« k«.dZAw An.jeN] | Budak itu berlari lintang-pukang kerana dikejar oleh anjing. |
memuncat | [m«.mun.tSAt] | kata kerja | berlari dengan pantas. | Memuncat kene kejau bapak die, ade buat salah le tu. | [m«.mun.tSA k«.n« k«.dZAw bA.pA/ di.j« A.d« bu.wAt sA.lAh l« tu] | Dia berlari pantas apabila dikejar oleh bapanya, mesti ada buat salahlah tu. |
lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |
gaseng jantong | [gA.seN dZAn.toN] | | sejenis gasing yang bentuknya lonjong seperti jantung, dimainkan oleh kanak-kanak. | Engkau gaseng kembang, aku gaseng jantong mana boleh maen same-same. | ] | Gasing engkau gasing kembang, gasing aku gasing jantung mana boleh main sama-sama. |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |