cangkah-mangkeh | [tSAN.kAh.mAN.keh] | kata tugas | berkenaan berlari secara lintang-pukang. | Budak tu lari cangkah-mangkeh kene kejau anjeng. | [bu.dA/ tu lA.Äi tSAN.kAh.mAN.keh k«.n« k«.dZAw An.jeN] | Budak itu berlari lintang-pukang kerana dikejar oleh anjing. |
rumah dua sebandong | [Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN] | | sejenis rumah yang mempunyai dua bumbung (puncak). Kedua-dua bahagian rumah itu pula dipisahkan oleh bahagian pelantar papan atau batang nibung. | Rumah dua sebandong ni rumah pusake. | [Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN ni Äu.mAh pu.sA.k«] | Rumah dua sebandung ini rumah saka. |
lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |
seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
mereceh taik | [m«.Ä«.tSeh tA.i/] | | membuang najis di merata tempat. Misalnya dilakukan oleh orang tua yang telah uzur atau anak-anak kucing. | Orang tue tu dah mereceh taik, ari-ari kene beresehkan. | [o.ÄAN tu.w« tu dAh m«.Ä«.tSeh tA.i/ A.Äi.A.Äi k«.n« b«.Ä«.seh.kAn] | Orang tua itu dah mereceh taik, hari-hari perlu dibersihkan. |
semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |