galau | [gA.lAw] | kata adjektif | berkenaan bentuk pinggang yang lurus tidak kira orang kurus atau gemuk. | Pinggang kau ni galau, tak cantek pakai kebaye. Pakai aje le baju kurong. | ] | Pinggang engkau ini lurus, tidak cantik pakai baju kebaya pakai sahajalah baju kurung. |
pikas | [pi.kAs] | kata nama | alat untuk memecah batu atau menggali tanah yang keras, bertangkai kayu dan mempunyai dua mata besi yang tajam. Salah satu matanya runcing manakala mata yang satu lagi leper dan agak tebal. | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakai le pikas, tanah tu keras. | [kA.lAw nA/ tS«.pAt dZA.NAn pA.kAj tSAN.kol pA.kAj le pi.kAs tA.nAh tu k«.ÄAs] | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakailah pikas, tanah tu keras |
lesong tunggal | [l«.soN tuN.gAl] | | lesung besar yang dibuat daripada batang pokok seperti batang pokok cempedak. | Tumbok le pakai lesong tunggal tu. | [tum.bo/ l« pA.kAj l«.soN tuN.gAl tu] | Tumbuklah pakai lesung biasa itu. |
lembeng | [lem.beN] | kata adjektif | berkenaan mata pisau atau parang yang sumbing. | Baru sekali pakai dah lembeng pisau ni. | [bA.Äu s«.kA.li pA.kAj dAh lem.beN pi.sAw ni] | Baru sekali pakai, sudah sumbing mata pisau ini. |
tong banteng sepak | [toN bAn.teN se.pA/] | | tong banting padi yang berdinding senget menirus ke bawah dan lebih rendah daripada tong banteng jamban. | Wah, kau pakai tong banteng sepak! | [wAh kAw pA.kAj toN bAn.teN se.pA/] | Wah, kau pakai tong banting sepak! |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |
pahat tarek | [pA.hAt tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pisau tarek. | Pakai pahat tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pA.hAt tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pahat tarik terasa lebih cepat menoreh |
ketam tarek | [k«.tAm tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); pahat tarek, pisau tarek. | Pakai ketam tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj k«.tAm tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai ketam tarik terasa lebih cepat menoreh. |
sanggol lintang | [sAN.gol lin.tAN] | | sanggul yang dipakai melintang dari kiri ke kanan oleh pengantin perempuan semasa majlis bersanding. | Pening kepale aku pakai sanggol lintang, berat! | [p«.niN k«.pA.l« A.ku pA.kAj sAN.gol lin.tAN b«.ÄAt] | Pening kepala aku pakai sanggul lintang kerana berat! |
jubah laboh | [dZu.bAh lA.boh] | | pakaian pengantin lelaki berbentuk jubah songket yang dipakai semasa bersanding atau semasa nikah. | Kalau kau tak pakai jubah laboh, tak sah jadi penganten. | [kA.lAw kAw tA/ pA.kAj dZu.bAh lA.boh tA/ sAh dZA.di p«.NAn.ten] | Kalau engkau tidak pakai jubah labuh, tidak sah jadi pengantin. |