Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
baju kurong laboh besongket[bA.dZu ku.ÄoN lA.boh b«.soN.ket] pakaian pengantin perempuan di Negeri Melaka.   
jubah laboh[dZu.bAh lA.boh] pakaian pengantin lelaki berbentuk jubah songket yang dipakai semasa bersanding atau semasa nikah.Kalau kau tak pakai jubah laboh, tak sah jadi penganten.[kA.lAw kAw tA/ pA.kAj dZu.bAh lA.boh tA/ sAh dZA.di p«.NAn.ten]Kalau engkau tidak pakai jubah labuh, tidak sah jadi pengantin.
jurai-jemarai[dZu.ÄAj.dZ«.mA.ÄAj]kata adjektifberkenaan pakaian atau rambut seseorang yang tidak terurus.Panjang sangat rambot kau ni, jurai-jemarai aku tengok.[pAn.dZAN sA.NAt ÄAm.bot kAw ni dZu.ÄAj.dZ«.mA.ÄAj A.ku te.No/]Panjang sangat rambut engkau ini, tidak terurus aku tengok.
mandi behias[mAn.di b«.hi.jAs]kata kerjamandi dengan memakai pakaian putih menggunakan air yang telah dijampi sebelum bernikah, biasanya dilakukan pada waktu petang di pelantar rumah (berkenaan pengantin perempuan).Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.[bi.l« mA/ An.dAm nA/ dA.tAN mAn.di b«.hi.jAs A.nA/ ki.t« dAh tuN.gu ni]Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.

Kembali ke atas