Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)

9

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
belegai[b«.l«.gAj]kata kerjabersaing atau berlumba-lumba.Due beradek tu belegai siape pandai.[du.w« b«.ÄA.de/ tu b«.l«.gAj si.jA.p« pAn.dAj]Dua beradik itu berlawan untuk menunjukkan siapa yang lebih pandai.
naek buai[nAe/ bu.wAj] suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian.Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian.[kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn]Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian.

Kembali ke atas